Home Berita PAS Kelantan

ADUN, JPV turun padang pantau penularan penyakit LSD di sempadan

138
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
TUMPAT, 8 Jun: Menyedari kebimbangan penularan penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang menyerang haiwan ruminan seperti lembu dan kerbau di Kelantan khususnya membabitkan kawasan berdekatan sempadan negara Thailand, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO turut serta dalam pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan terhadap lembu yang terkena penyakit tersebut di Kampung Simpangan, Tumpat semalam.