Home Berita PAS Kedah

ADUN Jeneri bantu usahakan dapat bekalan elektrik

62
SHARE

SIK – Dua buah rumah penduduk Kampung Padang Limau Nipis (DUN Jeneri) menarik nafas lega selepas mendapat bekalan elektrik sepenuhnya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB yang diusahakan oleh Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri.

YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap ADUN Jeneri bersama TNB melawat 2 buah tersebut, Ramli Yahya dan Shukri Shamsuddin setelah bekalan elektrik dapat digunakan sepenuhnya.

Hampir 60 tahun mereka mendiami disitu sejak arwah ibu bapa mereka yang tiada bekalan elektrik disebabkan jauh dari penempatan lain.

 

Hadir bersama Encik Johari Lamsi, Pemangku Pengurus Besar Negeri, Utara dan Pengurus (Pulau Pinang/Kedah/Perlis) – bahagian Startegi & Kawal Selia TNB, Encik YM Ku Abdul Razak Ku Ismail.