Home Berita PAS Sabah

Pas Batu Sapi edar takwim berbuka puasa

174
SHARE

6 April 2022
Oleh Asiah Muhammad

Batu Sapi : PAS kawasan Batu Sapi telah mengedarkan 300 keping takwim berbuka dan pek kurma untuk berbuka puasa kepada masyarakat di Bazar Ramadhan flat MPS Karamunting dan Kampung Lupak Meluas Darat pada petang isnin lepas.

NYDP PAS kawasan Batu Sapi, Norsah Bongsu berkata, program ini merupakan program tahunan dalam bulan ramadhan bertujuan mengukuhkan hubungan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

“Sekarang, kita merasai kemeriahan di Bazar Ramadhan ini dan diharapkan masyarakat setempat turut sama-sama memeriahkan dan penuhi surau serta masjid sekitar sini juga,” ujar beliau lagi.

Penduduk yang ditemui dalam program ini berasa sangat gembira dengan pemberian takwim dan kurma sekaligus sempat bercerita tentang sambutan ramadhan di kampung mereka.

Program edaran ini juga turut dihadiri Ketua Penerangan PAS Batu Sapi, Mohd Khayrul Yunus, Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Mohd Khairul Syams Nurdin, Ketua Dewan Muslimat PAS Batu Sapi, Norliah Omar beserta 12 orang AJK PAS Kawasan yang lain.