Home Berita PAS Kelantan

ADUN Guchil ziarah mangsa banjir

204
SHARE

GUCHIL, 19 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah meluangkan masa ziarah dan bertanya khabar mangsa banjir yang telah berpindah awal ke Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) Veterinar, Guchil 7, semalam.

Sehingga semalam, seramai 13 keluarga berpindah ke PPS berkenaan. Ketika dihubungi, YB Hilmi berjanji untuk memastikan kebajikan mangsa pemindahan ini dipantau dengan sebaik mungkin.

Turut bersama, Penghulu Guchil, Shaari Che Wil dan Penghulu Bandar, Lu Wan Zie.