Home Berita PAS Kelantan

ADUN Dabong merasmikan XPDC Chinta Wangsa

217
SHARE
DABONG, 6 Feb: Taman Negeri Jelawang, sering dikaitkan oleh pengkaji sejarah Negeri Kelantan sebagai banjaran Gunong Chinta Wangsa yang menjadi tempat pemerintahan Kerajaan Kelantan lama semasa era Paduka Cik Siti Wan Kembang.
Jumaat lepas ADUN Dabong, YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin, berkesempatan merasmikan masjlis pelepasan XPDC Jejak Chinta Wangsa, mendaki Gunung Baha (1,450 M), Gunung Ayam (1,550 M) dan Gunung Stong (1,422 M) yang berakhir 6 Januari, hari ini.
Program tiga hari dua malam ini dianjurkan oleh Kelab Sahabat Hikers Kelantan (K-Hilers) yang melibatkan 49 penyertaan dengan tujuan untuk menggalakan dan merancakan lagi sektor eko-pelancongan di Negeri Kelantan khususnya Daerah Dabong.
YB Ku Zaki semasa berucap, berkata, Daerah Dabong kian popular pasca Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dahulu kerana jasa pelancong-pelancong yang menularkan slogan ‘Train To Dabong’. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peserta XPDC yang datang dari pelusuk negeri dan luar negeri kerana sudi menjadikan Dabong destinasi pelancongan.
Pada masa yang sama juga, beliau turut mempelawa peserta untuk turut mengunjungi lokasi pelancong lain di Dabong seperti Gua Ikan, Gua Keris serta Lata Kenderong selain turut berpesan kepada peserta agar terus bersama agenda kerajaan negeri dalam membawa kempen ‘Kelantan Ku Bersih’ dan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.