Home Berita PAS Pahang

PAS Kampung Padang beri motivasi, bantuan golongan asnaf dan ibu tunggal

74
SHARE

Oleh: KHASDI KOSNIN

INDERA MAHKOTA, 8 Feb :: PAS Cawangan Kampung Padang meneruskan tradisi menyantuni golongan asnaf dan ibu tunggal yang merupakan ahli kariah setempat yang tinggal di perkampungan dan taman perumahan di cawangan tersebut.

Golongan seramai 26 orang ini amat diberikan perhatian oleh PAS Kampong Padang dan juga pihak pengurusan Masjid Syaidina Hamzah Kampung Padang.

Mendepani kehidupan sewaktu pandemik Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka. Namun atas rasa ihsan dan prihatin PAS dan pihak masjid telah menyalurkan bantuan bulanan melalui Kiosk Masjid yang telah diwujudkan untuk tujuan itu.

Pada sesi pertemuan yang diadakan baru-baru ini, Pengerusi Masjid, Ustaz Shahruddin Abd Mubin telah memberi kata-kata semangat agar mereka tabah dan kuat dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT kerana setiap ujian dari Allah mengandungi rahmat-Nya dan juga untuk meningkatkan darjat hamba-Nya yang disayangi.

Turut hadir dalam progran tersebut adalah Setiausaha Masjid, Bahariddin Ismail, dan Ahli Jawatankuasanya serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Padang.