Home Berita PAS Kelantan

ADUN Bunut Payong, Skuad Kita Cakna ziarah pesakit kronik

69
SHARE

KOTA BHARU, 31 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat bersama isteri, Datin Wan Anita Mohd Amin turun padang bersama Skuad Kita Cakna DUN Bunut Payong menziarahi pesakit kronik dan kemalangan di Jalan Raja Dewa, semalam.

Menurut YB Dr Ramli, program lawatan Skuad Kita Cakna sentiasa diadakan dari semasa ke semasa dengan menziarahi pesakit kronik, kemalangan dan warga emas.

“Kunjungan tersebut adalah untuk bertanya khabar mengenai kesihatan pesakit serta menyampaikan sumbangan selain merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga mereka,” katanya.

Turut mengiringi, Ketua Muslimat DUN Bunut Payong, Suhana Hussin dan Penyelaras Pembangunan Armalah DUN (PPAD), Zuraida Sauffi.