Home Berita PAS Johor

ADUN Bukit Pasir agih nanas pandu lalu

91
SHARE

 

 

PAGOH, 20 Jun : Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir, YB Haji Najib Lep yang merupakan Adun tunggal PAS Johor telah mengedarkan nanas secara pandu lalu kepada masyarakat sekitar pekan Pagoh, pada petang semalam.

Menurut beliau, nanas jenis moris sebanyak 1tan diperolehi dengan membeli daripada beberapa penjual nanas di daerah bawah seliaannya yang terjejas jualan sepanjang tempoh PKP ini.

“Alhamdulillah, petang ini saya bersama beberapa jawatankuasa Pertubuhan Usahawan Muslim Muar, Ketua Kampung, Tok Zuraini Kuting, dan sahabat-sahabat Taman Pagoh Jaya membuat agihan nenas moris secara pandu lalu” kata beliau.

Beliau berterima kasih dan mengucapkan syukur kepada individu- individu dan beberapa pertubuhan yang menyokong dengan baik usaha yang dilakukan.

#KerajaanPrihatin

#IslamMemperkukuhPerpaduan

#MalaysiaSejahtera