Home Berita PAS Selangor

Selamat hari bapa – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

9
SHARE

May be an image of 3 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Artikel | ‘Bapa’ merupakan seorang insan yang melaksanakan jagaan kebapaan ke atas anaknya. Kebanyakan ayah secara semula jadi melindungi, menyokong, dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Ada diantara bapa-bapa kita yang garang dan ada juga yang baik kerana setiap bapa mempunyai personaliti atau cara mengekspresi kasih sayang dengan cara yang berbeza.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan ‘Selamat Hari Bapa’ kepada semua insan yang bergelar bapa, ayah, papa atau seumpamanya di luar sana.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang bapa sangat besar nilainya dalam hidup insan yang bergelar anak. Mereka sentiasa ada berjuang dan bekerja keras demi kebahagiaan anak-anak dan keluarga yang tercinta, tanpa keluhan penat dan lelah dalam hidupnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengajak agar kita semua sama-sama medoakan semua bapa di luar sana supaya diberi kesenangan, dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.

“Di setiap keringatmu, di setiap nafasmu penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih ayah!”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor