Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kebenaran pelaksanaan aktiviti di semua premis parti

145
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
KEBENARAN PELAKSANAAN AKTIVITI DI SEMUA PREMIS PARTI

Selaras dengan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi serta pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti rentas negeri, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) memutuskan untuk membenarkan semula pelaksanaan aktivti-aktiviti parti/program-program parti di semua premis parti.

Kebenaran ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung, pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa adalah diwajibkan.

BPPNPs berharap agar kebenaran yang diberikan ini dapat menyemarakkan kembali aktiviti-aktiviti di semua premis parti di negeri ini.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
13 Oktober 2021 | 6 Rabi’ulawwal 1443H