Home Berita PAS Kedah

ADUN Ayer Hitam ziarah pesakit stroke

40
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

JERLUN  – Setelah selesai menziarahi sebuah kematian di Matang Paku, Yang Berhormat Cikgu Azhar Ibrahim telah turun pula menziarahi jiran sekariahnya di Batu 18 jalan Kodiang pada pagi selasa, baru- baru ini.

Kedua-dua mereka ialah Ustaz Omar Mahmud dan Hj. Abd Razak yang terlantar sakit akibat serangan strok.

Menurut YB, beliau berdua kerap kali bertemu di Masjid dan solat berjemaah bersama.

“Semoga mereka kembali sembuh seperti sedia kala dan menjalani kehidupan seperti biasa,” ujar YB.

Turut menemani beliau ialah isteri YB Puan Salmah Saad.