Home Berita PAS Sabah

PAS mengajak masyarakat amalkan cara hidup Islam

55
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
5 Ogos 2022

LAHAD DATU : PAS adalah gerakan yang bergerak mengajak masyarakat mengamalkan cara hidup Islam dan berjuang untuk menegakkan negara yang menjalankan pentadbiran Islam.

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan III PAS Pusat, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, suasana hari ini bersifat kompleks, PAS mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengajak masyarakat mengikut acuan Islam yang sebenar dalam apa jua permasalahan.

“Justeru itu, kita memerlukan jentera yang hebat dan ikhlas dalam melaksanakannya sekaligus memerlukan kebergantungan yang tinggi kepada Allah.

“Jika sebelum ini kita terbiasa membantu asnaf, orang kurang upaya (OKU), sakit terlantar, warga emas dan yatim tetapi hari ini perlu kita perlu memikirkan cara bagaimana kita boleh membawa mereka ke jalan Islam disamping menjaga kebajikan mereka,” ujarnya semasa Liqa Fikri PAS Lahad Datu di PASTI Al Hidayah, di sini pada Rabu lepas.

Terdahulu beliau telah menyampaikan sumbangan berupa barang dapur seperti beras, mee kuning, gula, tepung dan garam kepada ibu tunggal di Masjid Nurul Mustaqim, Kampung Bugis Batu 2 selepas menyampaikan kuliah Maghrib.

Turut hadir, Ketua Urusan Ulama’ PAS Lahad Datu merangkap Ketua Cawangan PAS Aman Jaya, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim.