Home Berita PAS Perlis

Wakil Perlis Naib Johan Sajak E-Alam Ria PASTI 2021

66
SHARE

Oleh AHMAD AZAMUDDIN

KANGAR, 15 Jan: Wakil Perlis berjaya meraih naib johan acara Sajak (Perempuan) E-Alam Ria PASTI Malaysia 2021 yang berlangsung tahun lalu.

Ulya Hana Mohd Fikri Aiman, pelajar PASTI Darul Hikmah Jejawi Dalam menjadi peserta tunggal dari negeri ini yang naik ke pentas menerima hadiah pada Majlis Penghargaan PASTI Malaysia dan Penyampaian Hadiah Pemenang E-Alam Ria PASTI 2021 yang berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya malam tadi.

Johan bagi acara berkenaan dimenangi peserta dari negeri Pahang manakala wakil dari Negeri Sembilan mendapat tempat ketiga.

Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil yang dihubungi berkata, bakat yang dimiliki oleh Ulya telah dikesan sejak awal lagi.

“Saya memberi sokongan penuh dan berbangga dengan pencapaian adik Ulya dan semoga pencapaian ini akan terus membakar semangatnya dalam menggapai impiannya,” katanya¬† hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dan berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid PASTI khususnya Negeri Perlis.

Program E-Alam Ria PASTI 2021 berlangsung sepenuhnya secara maya bermula akhir Oktober tahun lalu dengan sejumlah sembilan buah acara dipertandingkan.