Home Artikel PAS Melaka

Aduan rakyat | Babi hutan melintas – undang bahaya jemaah masjid Kampung Pantai

308
SHARE
Masjid Al Hasaniah, Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 18 Mac : Kemalangan jalan raya kerap berlaku sejak akhir-akhir ini disebabkan babi hutan melintas di sekitar kawasan Kampung Pantai Kuala Sungai Baru.

Kemalangan ini biasanya berlaku menjelang Subuh ketika penduduk sekitar sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

Setakat ini telah tiga kemalangan berlaku akibat terlanggar babi hutan yang sedang melintas melibatkan jemaah Masjid Al Hasaniah, di sini.

Mangsa kejadian kemalangan ketiga disebabkan perkara ini yang ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM), Khairuddin Karim, 52, memberitahu kejadian tersebut berlaku sangat pantas.

“Saya tidak sempat nak mengelak sebab banyak yang melintas dan saya terus terlanggar,” ujar beliau.

“Tak sempat elak” -Khairuddin Karim

Tambah Khairuddin, akibat daripada kemalangan tersebut beliau telah patah tulang selangka, cedera di bahagian paru-paru dan pernafasan beliau juga tidak lagi seperti biasa ditambah dengan beliau memang mengidap penyakit athsma.

Sebelum ini turut sama menerima nasib malang terlanggar babi hutan ini ialah Imam dua Masjid Al Hasaniah iaitu Ustaz Mohammad Najib Md Norani, 44, yang terlantar sakit lebih dua bulan kerana mengalami patah bahu, tulang rusuk dan juga rosak ligamen kaki akibat kemalangan ini.

  “Saya harap pihak berkuasa dapat buat penghadang iron bar ” – Ustaz Mohammad Najib Md Norani

“Saya harap pihak berkuasa dapat buat penghadang iron bar kiri kanan jalan bagi mengelak babi ini terus melintas kiri kanan.

“Saya minta juga kalau boleh tuan tanah dapat bersihkan kawasan yang naik semak sebab ni boleh tambah biak lagi babi hutan ni,” ujar beliau.

Sementara itu salah seorang jemaah masjid ini, Saril Ahmad, 60, memberitahu pembiakan babi hutan ini perlu dibanteras kerana banyak lagi kemalangan akan berlaku selepas ini kalau tidak dibendung.

“Yang saya tahu pihak PERHILITAN ada buat operasi tembak babi hutan berapa hari yang lepas.

“Tapi tu tidak mencukupi. Sebenarnya kita juga perlu jaga kebersihan tanah dan persekitaran kita,” ujar Saril kepada WARM.

Di bawah ini antara kawasan-kawasan sepanjang jalan yang sering berlaku kejadian babi hutan melintas.