Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

PEMERKASA: Kerajaan Prihatin Golongan Wanita & OKU

809
SHARE

1. Pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi atau PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membuktikan kerajaan terus komited dan prihatin terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

2. Peruntukan dana lebih RM30 juta kepada golongan wanita menceburi bidang perniagaan melalui inisiatif Prihatin Wanita memberi sinar buat golongan wanita khususnya. Turut bekerjasama adalah Bank Simpanan Negara (BSN) dengan memperkenalkan Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA sejumlah RM50 juta.

3. Golongan OKU tidak tercicir daripada mendapat perhatian kerajaan dengan inisiatif Prihatin OKU. Kerajaan akan meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat dan turut memperuntukan hampir RM95 juta secara menyeluruh dalam membantu usahawan OKU.

4. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan kerana sentiasa prihatin memikirkan hal kebajikan rakyat bagi semua golongan. Semoga inisiatif dapat meningkatkan ekonomi dan survival hidup dalam masa wabak pandemik covid-19 ini.

5. Kami ingin menyeru kepada seluruh wanita di bandar atau di luar bandar untuk mengambil peluang inisiatif ini utk meningkatkan ekonomi atau sebagai permulaan dalam sektor perniagaan secara kecil atau sederhana.

6. Bagi golongan OKU pula, inisiatif Prihatin OKU pasti akan memberi suntiikan semangat buat mereka dan boleh mengambil peluang ini untuk menambah modal perniagaan atau memulakan perniagaan.

7. Semoga wanita dapat memperkasakan ekonomi dan dengan secara tidak langsung dapat menjaga keluarga dengan lebih harmoni demi masa depan negara.

#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

YB DATO’ SITI ASHAH BINTI GHAZALI
Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga dan Wanita
18 Mac 2021 | 4 Syaaban 1442H