Home Berita PAS Pusat

Vaksinasi Adalah Berdasarkan Sains dan Bukan Pilihan Ahli Politik

295
SHARE

Vaksinasi adalah berdasarkan Sains dan Bukan pilihan Ahli Politik

1. Lajnah Kesihatan PAS Pusat mengambil maklum kenyataan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media beliau pada 16/3/2021. Kenyataan yang dibuat beliau berkenaan vaksinasi sepatutnya tidak diucapkan oleh seorang tokoh politik yang berpengalaman.

2.Dua dos vaksinasi yang diamalkan adalah berdasarkan kepada rekomendasi sains akan keberkesanannya dan bukan atas dasar suka-suka mengikut kehendak pesakit atau ahli politik.

3.Perjalanan proses vaksinasi yang dilakukan oleh pihak Kementerian pula didapati sangat teratur dan licin. Semua kaedah untuk memastikan keselamatan penerimaan telah diambil kira sesuai dengan logistik terkini yang mudah dan boleh digunakan oleh kementerian dan anggota sokongan di seluruh negara.

4.Justeru PAS merasakan, sebagai tokoh politik yang berpengalaman, sewajarnya DSAI tidak mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat awam dan sebaliknya bercakap mengikut bukti sains dan membantu pihak kementerian kesihatan dengan memberi maklumat yang betul kepada rakyat.

Dr. Mohd Mazri Yahya
Pengerusi
Lajnah Kesihatan
PAS Pusat

17 Mac 2021