Home Berita PAS Kedah

Aduan nelayan dapat perhatian

42
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

JERAI, 6 Okt – Masalah kecurian enjin bot yang kerap menganggu para nelayan disini mendapat perhatian Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Jerai semalam.

Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit mengotakan janjinya kepada para nelayan disitu dengan mengusahakan pemasangan tiga lampu jalan di perkarangan jalan Kuala Sungai Limau.

Beliau berkata kes ini telah lama dibangkitkan oleh para nelayan yang sering mengadu mereka kerap kehilangan enjin bot akibat tiada lampu dikawasan berkenaan.

“Diharapkan dengan pemasangan lampu jalan ini dapat menyelesaikan kes kecurian dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak”, ujar beliau.