Home Kenyataan Media PAS Selangor

UMNO dan PAS Selangor kekal mempertahankan piagam Muafakat Nasional – BPPN Selangor

112
SHARE

May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎وُوَنسÛ SELANGOR KENYATAAN MEDIA #BersamaMNSelangor UMNO DAN PAS KEKAI MEMPERTAHANKAN PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI YB TAN SRI NOH BIN OMAR Pengerusi Muafakat Nasional Negeri Selangor 06 Oktober 2021 29 Safar 1443H‎"‎‎

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
KENYATAAN MEDIA
MUAFAKAT NASIONAL NEGERI SELANGOR

UMNO DAN PAS SELANGOR KEKAL MEMPERTAHANKAN
PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL

1. Mesyuarat Muafakat Nasional Negeri Selangor Bil. 2/2021 yang diadakan hari ini telah bersetuju memperkasa dan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua parti Umno dan PAS di semua peringkat di negeri ini atas platform MN demi membuat persediaan bagi mengambil-alih kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti. Aktiviti dan program bersama atas nama MN akan terus dirancakkan bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua parti di Selangor.

2. Untuk memastikan nasib dan masadepan rakyat lebih baik, terbela dan sejahtera MN Selangor akan bergerak aktif turun ke lapangan bagi bertemu rakyat untuk meyakinkan mereka agar melakukan perubahan pada PRU ke 15 nanti.

3. Untuk itu MN Selangor menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan “Keluarga Malaysia” pimpinan YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakub selaku Perdana Menteri, dan akan berkerja keras bagi memastikan agenda “Keluarga Malaysia” yang dicetuskan oleh YAB PM itu akan diterima baik rakyat negeri Selangor khususnya dengan harapan ianya juga akan turut terlaksana di negeri ini.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi Bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor pada hari ini Selasa 5 Oktober 2021 bersamaan 28 Safar 1443.

Tan Sri Noh bin Omar

Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

Dato Dr Ahmad Yunus bin Hairi
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor