Home Berita PAS Kedah

Adik Aqil mengidap sakit buah pinggang dapat perhatian ADUN Ayer Hitam

197
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 23 Jun – Adik Muhammad Aqil Sudais Mohd Jeffri, 3 tahun yang mengidap penyakit buah pinggang sejak berumur 6 bulan mendapat perhatian ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim di kediamannya, Pida 8, petang kelmarin.

 

Menurut ibunya Puan Nurul Ain Jawahir Md Isa, buah pinggang sebelah kiri adik Aqil telah rosak sepenuhnya dan hanya sebelah kanan sahaja yang berfungsi dan memerlukan rawatan yang kerap setiap bulan.

Simpati dengan keadaan adik Aqil ADUN Ayer Hitam, YB Cikgu Azhar Ibrahim hadir menziarahi dan menghulurkan bantuan.

“Semoga dengan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak membantu mereka sekeluarga dan semoga adik Aqil segera diberi kesembuhan,” ujarnya.

Seterusnya,  selepas solat asar di Masjid Lubuk Ayer, Daerah Matang Paku YB Cikgu Azhar menyampaikan sekampit beras sejahtera kepada setiap ahli jemaah yang hadir solat asar di masjid tersebut.

Turut sama hadir Ahli Jawatankuasa PKWR Dun Ayer Hitam, Encik Mohd Rodzi serta isteri YB, Puan Hajjah Salmah Saad.