Home Berita PAS Kedah

Ameerah Pokok Sena rai calon SPM 2021

45
SHARE

POKOK SENA – Sempena pengumuman keputusan SPM 2021 Khamis lalu, Ameerah Pokok Sena melalui program Ameerah Delight (AD) telah menyantuni calon SPM di kediaman mereka, di sini, semalam.

Ketua Ameerah Pokok Sena, Nurafwa Ismail berkata konsep program yang dijalankan bertujuan meraikan semua calon lepasan spm tanpa mengira keputusan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka selama ni.

“Yang dapat keputusan kurang cemerlang tu mungkin ada diantara mereka yang sedih, melalui program AD kali ni kami berusaha menggembirakan hati mereka dan menaikkan lagi semangat mereka.

“Lagipun raikan yang cemerlang, dah banyak pihak yang buat. Jadi kita ambil keputusan utk raikan semua,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah, para pelajar wanita diberikan sekotak hadiah dan kad ucapan tahniah.

Tambahnya, program ini juga bagi berinteraksi pengundi-pengundi muda.

“Lepasan SPM tahun ni dah umur 18, jadi depa perlu tahu yang mereka ni dah boleh mengundi secara automatik pada PRU akan dating,” katanya.