Home Berita PAS Melaka

Aaron Dhamien daripada SRITI Harun Ar-Rasyid wakil Melaka hafazan peringkat kebangsaan

441
SHARE
Aaron Dhamien Mohammad Ismail

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 2 Okt: Murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Harun Ar-Rasyid, Londang, adik Aaron Dhamien Mohamad Ismail akan mewakili Melaka ke pertandingan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Hafazan Tahap 1.

Menurut Guru Besar SRITI tersebut, Mohd Taufik Jamil, Aaron terpilih setelah berjaya menjadi Johan MAIS dalam kategori Hafazan Tahap 1 bagi peringkat negeri Melaka yang berlangsung pada 22 hingga 29 September baru-baru ini secara dalam talian.

Tambah membanggakan lagi, menurut Taufik, kesemua empat orang peserta daripada SRITI ini yang menyertai pertandingan ini berjaya mendapat tempat dalam tiga terbaik mengikut kategori masing-masing.

“Selain Aaron, adik Nur Amira Safiya Mohd Khairi dapat tempat ketiga Kategori Hafazan; adik Auni Humayrah Mohammad Azam dapat Tempat Ketiga Kategori Bercerita;

“Dan adik Mohammad Fatih Hadi Hamizan dapat Tempat Kedua Kategori Bercerita,” jelas beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

Mohd Taufik Jamil

Menurut beliau lagi, ini adalah kali pertama SRITI ini menyertai pertandingan ini dan beliau menyifatkan pencapaian ini adalah sesuatu tidak disangka.

“Kita hantar penyertaan untuk Tahap 1 sahaja kerana kita ada pelajar sehingga darjah 2 sahaja. Sebab kita baru dua tahun ditubuhkan.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta ini dan semua ibu bapa dan guru yang turut membantu walau pun dalam kekangan Covid-19,” ujar beliau.

Secara keseluruhan MAIS meliputi pertandingan Hafazan dan Bercerita untuk Tahap 1, sementara untuk Tahap 2 meliputi pertandingan Hafazan, Bercerita, Azan, Lhutnah, Tilawah dan pidato.

Pertandingan ini bagi MAIS Peringkat Kebangsaan dijadualkan akan berlangsung dari 22 hingga 31 Oktober depan juga secara dalam talian.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.