Semalam, hangat diperkatan apabila bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menjangkakan UMNO akan kalah teruk pada PRN akan datang setelah parti itu berkawan dengan DAP.
Bahkan beliau juga turut berpendapat, UMNO akan kalah teruk dalam PRN di enam negeri, termasuk Selangor, berdasarkan penolakan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Dan hari ini pula kita dikejutkan dengan satu kenyataan di sebuah akaun Facebook milik Zulkifli Yahaya tentang berita pembubaran dua cawangan UMNO dalam Kawasan Parlimen Pendang dan menyertai PAS beramai-ramai.
Tambah Zulkifli, gerakan menyertai PAS bermai-ramai ini bagaikan satu gelombang, walaupun sebelum ini Zulkifli dikatakan sebagai ‘syoq sendiri’ ketika mengeluarkan kenyataan di facebooknya akan perihal kebangkitan anak muda menyokong PN dan juga perihal Umno sukar menang satu kerusi pun di Kedah.
Zulkifli juga menamakan gelombang tersebut sebagai gelombang ahli dan penyokong Umno’ tolak gabungan BNPH yang dijangka akan berlaku ketika PRN 6 Negeri nanti.
Hari semakin hari dapat kita saksikan, penerimaan ahli UMNO terhadap parti mereka sendiri semakin pudar. Bahkan ianya telah berlaku sebelum PRU-15 lagi, apabila ahli mereka sendiri tidak bersetuju dengan calon yang dipertandingkan terlibat dengan kes mahkamah. Bertambah pudar apabila mengetahui yang parti mereka akan bersama dengan Pakatan Harapan setelah PRU-15.
Masihkah kita ingat satu video yang tular berkaitan penurunan bendera gergasi Barisan Nasional dan diganti dengan bendera PAS ketika Pilihanraya Parlimen Padang Serai? Hal tersebut adalah bukti penolakan ahli UMNO terhadap parti mereka sendiri dan telah memilih PAS dan Perikatan Nasional sebagai wadah baru dalam politik.