Home Berita PAS Kelantan

Sambutan Tahun Baharu Cina di Kelantan, meriah

57
SHARE

KOTA BHARU , 23 Jan: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di Kelantan diserikan dengan pertunjukan akrobatik, tarian singa dan agihan ang pau kepada kanak-kanak.

Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Kota Bharu hadir meraikannya bersama masyarakat Tionghwa di KB Mall, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim, Setiausaha DUN Kota Lama, Mortazi Ismail mewakili ADUN Kota Lama, YB Dato’ Anuar Tan Abdullah.

Setiausaha DUN Bunut Payong, Shaari Mat Yaman mewakili ADUN Bunut Payong, YB Dato’ Dr. Ramli Mamat, Penghulu Mukim dan Tanpa Mukim serta sekretariat Pusat Khidmat Parlimen (PKP) Kota Bharu dan DUN.