Tok Kesop, 18 Jan – PAS Kawasan Kubang Pasu sedaya upaya membantu rakyat dengan memberi sumbangan kepada yang memerlukan disekitar Kubang Pasu.
Seramai 45 buah keluarga dari Cawangan Paya Parit Lateh, Kampung Tok Kesop dan Taman Sri Aman telah menerima sumbangan berbentuk bakul makanan dan sekampit beras.
Seorang penerima sumbangan, Puan Fatimah (bukan nama sebenar) turut hadir bagi mewakili suaminya yang kini terlantar sakit di rumah mereka. Kata beliau, dengan adanya sumbangan ini, ia dapat mengisi perut keluarganya untuk beberapa mingu.
Pemberian sumbangan telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Osman di Kompleks PAS Kawasan Kubang Pasu pada jam 5 petang kelmarin.
PAS Kawasan Kubang Pasu berusaha dan terus membantu rakyat yang dalam kesusahan tidak kira agama dan bangsa. Dengan pemberian sumbangan yang sedikit ini, harap dapat membantu masyarakat setempat untuk meneruskan kehidupan seharian