Home Berita PAS Kelantan

LZNK sumbang 12 ribu kampit beras kepada mangsa banjir

108
SHARE

KOTA BHARU, 28 Dis: Bagi meringankan beban rakyat Kelantan yang terjejas akibat banjir, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyumbang 12 ribu kampit beras bernilai RM150 ribu.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas.

Sementara itu, dalam titah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, baginda berharap dengan bantuan daripada Negeri Kedah ini sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi keperluan asas mangsa bencana di negeri Kelantan khususnya.

“Semoga bantuan ini akan dapat membantu mereka meringankam beban yang ditanggung bagi mendapatkan keperluan asas selain itu perlu juga mendengar nasihat daripada pihak berwajib dari masa ke semasa,” titahnya.