Home Berita PAS Kedah

Pesakit diabetes dapat sumbangan kerusi roda pada tahun baru

162
SHARE

ALOR SETAR, 1 JAN – Kedatangan Tahun Baru 2023 buat Ahmad Abdullah lebih bermakna selepas beliau dikunjungi dan menerima sumbangan kerusi roda daripada Penyelaras Dun Alor Mengkudu, Tuan Zakaria Sulaiman hari ini.

Ahmad 86, bersama isteri kini tinggal bersama anak lelakinya, menantu serta 5 orang cucu di sebuah rumah sewa di Kampung Alor Mengkudu. Beliau melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Pusat Khidmat Penyelaras Dun atas kesudian menziarahi dan memberi sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakkannya selepas kedua-dua kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang kronik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mai menziarah saya hari ini.Selepas kaki pak cik dipotong, pak cik terpaksa mengharap bantuan anak ataupun cucu untuk memapah pak cik terutama apabila hendak ke bilik air atau ke tandas, Alhamdulillah di tahun baru ini, Allah hantar rezeki kepada pak cik.” Katanya dengan gembira.

Sementara itu, Zakaria berkata, beliau sentiasa prihatin terhadap pesakit kronik terutamanya yang berlatar belakangkan keluarga kurang berkemampuan.

Pihak Pusat Khidmat Penyelaras Dun sendiri akan sentiasa berhubung dengan ketua kampung atau JPKK bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku kepada masyarakat terutama di Dun Alor Mengkudu.