Home Berita PAS Kelantan

TM anjur Digital Hunt Discover Tumpat

70
SHARE

TUMPAT, 2 Oktober: Laman Warisan Kampung Laut menjadi persinggahan pertama pencarian harta kembara selain aktiviti mewarna wau batik bermotif Jalur Gemilang berserta wayang kulit dalam Program Telekom Malaysia (TM) Digital Hunt – Discover Tumpat.

Program bertemakan pelancongan, kebudayaan dan warisan yang terdapat di Tumpat itu menjadi platform penyerapan elemen pendigitalan dalam segala aktiviti kembara dan kehidupan seharian.

Program anjuran TM dengan kerjasama Perbadanan Muzium Terengganu tersebut mendapat 216 penyertaan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pelepasan ‘flag off’ bermula di Pantai Ndo dan berakhir di Pantai Sri Tujuh menetapkan setiap kumpulan peserta mesti menjawab 19 soalan harta dan kembara termasuk soalan kuiz dan ‘tasking’.
Kemuncak acara dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah selepas majlis perasmian penutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Negeri, YB Wan Roslan Wan Hamat, di Pantai Sri Tujuh, semalam.

Johan meraih wang tunai RM2000, manakala naib johan merangkul RM1500 dan tempat ketiga RM1000.