Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan santuni penduduk DUN Tanjung Keramat

65
SHARE

Oleh : Raidah Hanisa Ruslan
4 Oktober 2022

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan telah meluaskan lagi agenda kebajikan kepada penduduk pelbagai kaum dengan menganjurkan program Semarak Hijau di DUN Tanjung Keramat di Kampung Meruntum pada 1 Oktober 2022.

Pimpinan PAS Putatan yang hadir terdiri Ketua Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan, Noorsheela Shamsudin dan petugas serta wakil Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Putatan.

Penerima sumbangan seramai 50 keluarga. Enam aktiviti telah dijalankan iaitu program Ziarah Al-Malak, Ziarah Khairat, Ziarah Kebajikan, semakan daftar pemilih dan daftar pengundi serta edaran sumbangan beras MOSWAY (Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim).

“Rata-rata masyarakat kampung yang ditemui menyambut baik dan tidak asing dengan kehadiran PAS Putatan. Ada antara mereka yang secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada PAS yang diyakini mampu membela kebajikan dan kemaslahatan marhaen.”ujar Norsheela.

Ziarah ini termasuk warga emas, yang sakit dan kaum wanita. Mereka merakamkan rasa terharu menerima kehadiran PAS Putatan menziarahi mereka dan ramai daripada mereka mendaftar sebagai ahli PAS pada masa yang sama.

Menurut Noorsheela, program hari ini mendapat respons yang cukup positif daripada masyarakat setempat dari berbilang kaum di DUN berkenaan. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para petugas parti yang bertungkus-lumus bagi menjayakan program tersebut.