Home Berita PAS Kelantan

Jualan murah Keluarga Malaysia, rakyat terus nikmati manfaat

124
SHARE

KOTA BHARU, 5 September: Potongan 20 peratus daripada harga pasaran bagi barangan keperluan asas merupakan salah satu langkah kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya dari segi barangan dapur dan juga keperluan.
Justeru program Jualan Keluarga Malaysia di Pantai Timur Mart cawangan Pintu Geng pada Sabtu lalu banyak membantu rakyat untuk mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga yang lebih murah daripada pasaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong YB Dato’ Dr Ramli Mamat bersama rombongan Pusat Khidmat DUN turut sama hadir menjayakan program tersebut.

Dato’ Dr Ramli berkata pada awalnya program Jualan Keluarga Malaysia itu sepatutnya ditamatkan pada 31 Julai, tetapi memandangkan sambutan yang begitu hangat dan luar biasa diterima daripada keluarga rakyat Malaysia, maka kerajaan membuat keputusan untuk meneruskannya sehingga akhir tahun.