Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
PADANG TERAP – Kebajikan masyarakat tetap di utamakan. Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz minggu ini turun menziarahi enam orang warga emas yang uzur dan mereka yang sakit di Kampung Kuala Tekai Padang Terap.
Sekitar jam 12 tengahari Ustaz Azam turun menziarahi seorang warga emas Abdul Wahab Ramli 74, sudah setahun mengidap penyakit jantung dan masih mendapatkan rawatan dari hospital.
Manakala anaknya pula Abdul Rahman Abdul Wahab mengalami penyakit misteri.
Di sebelah petang pula Ustaz Azam turun ke Kampung Padang Gelenggang, Padang Terap menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada mereka yang di ziarahi.
Bahdon, 70, yang matanya kelabu sejak tahun 2017 akibat terkena rumput haiwan ternakannya.
Beliau kini tinggal bersama anak perempuan bernama Siti Suhaila Bahdon.
Seterusnya beliau ke rumah atlet lompat tinggi negara Roslina Samsu kerana menziarahi ayahnya Samsu Jasin, 81, yang sudah lima tahun mata tidak nampak.
Sejurus selepas itu, ziarahi Che Nuyah Bahar 63, patah 4 batang tulang rusuk sebelah kanan dan pergerakkan beliau terbatas dan tinggal bersendirian, hanya mengharapkan jiran terdekat untuk melihat dan masak untuknya.
Kemudiannya ke rumah Mohd Yusuf ,50, mengalami strok dan kencing manis sehingga hilang jari kaki kanan.
Manakala Abd Manaf Md Saman mengidap sakit jantung, kencing manis dan mata tidak nampak.
Ustaz Azam amat bersimpati dengan keadaan mereka yang di ziarahinya, moga bertabahlah dengan ujian Allah ini dan semoga di beri kesembuhan.
Turut sama ziarah ialah Timbalan Yang diPertua PAS Padang Terap merangkap ADUN Kuala Nerang YB. Hj. Munir@Muhammad Yusoff Zakaria, Ketua Muslimat PAS Padang Terap, Puan Sariah Salam dan Ahli Jawatankuasa JPrD serta Halwa Dun Kuala Nerang.