Home Berita PAS Perlis

Pencapaian naib johan cukup bersejarah

325
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 25 Ogos: Kejayaan pasukan bola sepak PASTI Negeri Perlis muncul naib johan pada Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2022 baru-baru ini disifatkan amat mengejutkan dan melakar sejarah baharu buat kontinjen PASTI negeri.

Menurut pengurus pasukan Mohd. Azizi Syam Samsudin, pencapaian berkenaan adalah yang terbaik pernah direkodkan dan mengejutkan banyak pihak.

“Bebanding ‘nama-nama besar’ yang lain, kami turun ke Kuala Kangsar sebagai sebuah pasukan ‘underdog’ yang tidak begitu diberi perhatian.

“Menang satu perlawanan (menentang Pulau Pinang) diikuti seri menentang Selangor pada peringkat kumpulan, para pemain dilihat cukup teruja dan bersemangat untuk bermain di peringkat seterusnya.

“Namun, apa yang amat membanggakan, mereka telah mempamerkan semangat juang yang luar biasa ketika menang dengan Terengganu (di peringkat suku akhir) dan kemudiannya menewaskan Kedah pada peringkat separuh akhir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azizi lagi, pencapaian tersebut sememangnya tidak diduga apatah lagi melihat kepada faktor tempoh yang agak singkat buat beliau dan pasukan jurulatihnya mempersiapkan pasukan tersebut.

“Lebih membanggakan, salah seorang pemain kami, Aidil Tsaqif turut dinobatkan selaku Pemain Terbaik kejohanan.

“Biarpun terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 menentang Perak pada perlawanan akhir, kejayaan ini cukup manis bahkan melakar sejarah baharu buat pasukan bola sepak PASTI Perlis,” ujarnya.