Home Melaka

Rencana | Cabaran PAS Melaka lahirkan Ahli Parlimen sulung

138
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PAS Melaka telah melancarkan jentera pilihan rayanya pada Rabu 17 Ogos lepas yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penulis berada di dalam majlis itu dan menyaksikan lautan manusia membanjiri perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Melaka di Semabok menyaksikan pelancaran tersebut.

Antara yang menarik pada malam itu ialah ucapan Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang mengesahkan bahawa PAS Melaka telah bersedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 15 sekiranya ia diadakan pada hujung tahun ini seperti yang digembar-gemburkan.

Bagi penulis cabaran yang paling besar yang harus ditangani oleh PAS Melaka ialah isu kerjasama politik dengan Umno dan Bersatu yang kerap dijadikan isu oleh sesetengah pihak yang berkepentingan yang sedang cuba mengelirukan ahli-ahli dan penyokong PAS bawahan.

Pada penulis, sekiranya ada lagi ahli dan penyokong PAS yang masih berkata bahawa mereka masih keliru dengan pendirian PAS samada memilih Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional mereka mungkin termasuk dalam salah satu daripada dua golongan di bawah.

Yang pertama ialah mereka mungkin tidak mengikuti perkembangan atau tidak mendapat maklumat terkini tentang pendirian PAS tentang hal ini. Atau yang kedua mereka mungkin golongan berkepentingan yang sengaja mahu mengelirukan ahli-ahli PAS kerana mereka cenderung kepada parti-parti tertentu.

Jentera PAS perlu diberikan kefahaman bahawa sehingga ke waktu rencana ini ditulis, PAS secara rasmi akan memasuki PRU-15 bersama dengan Perikatan Nasional dan akan menggunakan lambang Perikatan Nasional.

Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 22-25 Ogos 2022

 

Berkaitan hubungan dengan Umno dan MN pula, PAS tidak pernah memutuskan hubungan dan kerjasama ini. Cuma pada masa ini Umno sendiri yang telah memutuskan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PAS dalam PRU15. Mereka mahu bergerak solo

PAS pula kekal dengan pendirian mahukan ketiga-tiga parti Melayu terbesar iaitu PAS, Bersatu dan Umno bersama-sama bersepakat dalam PRU-15. Walau pun Umno tidak mahu, PAS masih terus mengajak mereka untuk bekerjasama. Ini ahli PAS di Melaka perlu faham.

PAS tidak mahu buang Bersatu untuk bersepakat dengan Umno atau membuang Umno untuk bersepakat dengan Bersatu. PAS mahu kedua-duanya. Namun setakat hari ini hanya Bersatu yang setuju untuk bersama dengan PAS.

Ahli-ahli PAS seharusnya menyokong hasrat pimpinan PAS Pusat yang mengimpikan satu agenda penyatuan yang lebih besar yang bermatlamat penyatuan ummah dan bukan sekadar berpakat demi untuk politik semata-mata yang bersifat keuntungan duniawi.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Melaka perlu letak dalam hati mereka bahawa mereka adalah orang PAS, sekiranya PAS bekerjasama dengan mana-mana parti pun maka kita di peringkat jentera akan bekerjasama. Sekiranya PAS memutuskan hubungan dengan mereka, maka kita sebagai ahli dan penyokong PAS perlulah juga memutuskan hubungan politik dengan mereka.

Ini bagi penulis sangat penting kerana perkara inilah yang telah mengganggu kelancaran jentera PAS semasa PRN Melaka dan Johor. Sekiranya isu ini tidak dapat diatasi maka kita hanya akan mengulangi kegagalan di PRN Melaka dan Johor.

Sekiranya jentera tidak mempunyai kesatuan fikrah maka ia akan menyebabkan jentera gagal berfungsi dengan semaksimum mungkin yang diperlukan oleh PAS dalam PRU-15.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS jangan mensia-siakan ramalan yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin bahawa PAS mungkin mendapat lebih banyak kerusi pada kali ini. Tun Daim ini terkenal dengan banyak ramalan-ramalan politiknya yang ‘menjadi’. Beliau bukan ahli nujum, namun beliau seorang yang membuat kajian dan pemerhatian politik.

Dan ia tidak mustahil berdasarkan perkembangan politik terkini tanah air. Selain itu prestasi menteri-menteri PAS dan kecekapan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai PAS turut menyumbangkan kepada peningkatan sokongan rakyat terhadap PAS.

Teruskan bekerja dengan penuh wala’ dan komited demi untuk merealisasikan hasrat melahirkan Ahli Parlimen sulung PAS di Negeri Melaka ini pada PRU-15. Tingkatkan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan amilin kita.

Ikhlaskan hati demi perjuangan Islam. Jauhkan agenda peribadi. Insya-Allah kita akan sama-sama menyaksikan Ahli Parlimen sulung PAS Melaka mengangkat sumpah di Dewan Rakyat selepas PRU15 nanti.

Penulis adalah Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH