Oleh NAZIRUL MUNIR
Muar, 20 Ogos : Lebih 1,000 pengunjung telah membanjiri tapak program Kempen PAS Pilihanku 4.0 Negeri Johor setakat jam 10.00 pagi di PASTI Hadi, Parit Tarom, di sini, hari ini.
Pelbagai acara telah dijalan sejak pagi tadi antaranya adalah Fun Ride sekitar Bandar Muar yang telah disertai lebih dari 50 orang peserta termasuk Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz.
Pertandingan Mewarna, Sukaneka PASTI serta pertandingan pakaian beragam turut mewarnai program pada pagi ini.
Menurut Pengarah Program, Azhari Mohd, program pagi ini mendapat sambutan hangat dari penduduk Muar.
“Petang ini akan disambung dengan program-program yang telah dirancang seperti sukan rakyat dan jamuan rakyat.
“Malam ini ada acara yang oenting iaitu program pelancaran PAS Pilihanku dan pelancaran Jentera Pilihanraya yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Nik Amar Nik Abdullah.
“Saya harapkan semua penduduk sekitar muar daoat hadir beramai-ramai”, ujar beliau.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin serta ADUN Maharani, YB Abdul Aziz Talib.