Home Berita PAS Johor

Hujan tak menghalang tugasan

72
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Muar, 20 Ogos : Walaupun hujan, ia tidak menghalang Jabatan Amal dan Briged Muslimat Johor untuk terus bertugas di Program Kempen PAS Pilihanku Negeri Johor di PASTI Hadi, Parit Tarom, di sini, hari ini.

Acara luaran terpaksa dihentikan seketika kerana hujan turun dengan lebat di tapak program sekitar jam 11 pagi. Jamuan rakyat tetap diteruskan dibawah khemah yang telah disediakan.

Mengikut catatan, seramai 25 orang petugas Jabatan Amal dan Briged Muslimat tetap berdiri menjalankan tugas menjaga kelancaran trafik dan program walaupun hujan turun dengan lebat.

Acara-acara luaran seperti cabutan bertuah dan sukaneka PASTI akan diteruskan sejurus hujan berhenti.

Sekitar jam 2.30 petang akan bermula acara Konvoi ARC dan isi minyak motor percuma di stesen minyak berdekatan.