KOTA SARANG SEMUT – Himpunan Wanita Muda 2022 (HAWA) berjaya menghimpunkan wanita muda Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, baru-baru ini.
Pelbagai pengisian menarik disajikan kepada para pengunjung seperti Konvoi Anak Muda Gelombang Hijau, Pentas Ameerah, Talkshow Motivasi Pasca SPM, Chit Chat bersama Tiktoker Tamtam dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang SPM.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali dalam ucapan perasmiannya mengingatkan akan kepentingan anak muda sebagai pencorak masa depan.
“Anak-anak muda sekarang mestilah celik politik demi masa depan untuk agama, bangsa dan negara kerana tanpa anak muda siapalah yang akan memimpin negara.
“Jadi untuk anak-anak muda sekarang perlulah mempunyai tekad keazaman yang tinggi dan lebih peka dalam mendepani isu-isu yang sedang berlaku sekarang,” ujarnya.
Turut hadir, isteri YAB Menteri Besar Kedah, Tok Puan Hajah Jumalailani Jusoh.