Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Sik bantu usahawan desa

106
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

SIK – Seramai 45 orang Usahawan desa di daerah Sik menerima bantuan perniagaan dalam Program Bantuan Usahawan Desa Parlimen Sik 2022 Siri ke 3 bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASik), Sungai Pau, Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata para penerima diberikan peralatan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi keluarga mereka.

“Antara bantuan perniagaan yang disumbangkan termasuk mesin pengisar kopi, freezer, mesin pam air, gendola, oven industri dan mesin pengadun roti.

“Ini adalah sala satu inisiatif dari Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sik dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Wadi An-Nasr dan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Alor Setar bagi kali ketiga untuk membantu golongan usahawan desa,” ujarnya.

Tambahnya, kos keseluruhan untuk kesemua barang-barang sumbangan ini adalah bernilai RM76,000.00.

Hadir sama Pegawai Khas Kawasan ADUN Jeneri, Hj Badrul Hisham Abdul Rahman.