Home Berita PAS Johor

Rumah ditimpa pokok jam 4 pagi

407
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

KLUANG, 25 Jul : Sebuah rumah telah ditimpa pokok pada jam 4.00 pagi dalam kejadian di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, Ledang semalam.

Pemilik rumah, Musa Kasbollah (62) telah menghubungi Balai Bomba dan Polis Bukit Gambir sejurus selepas kejadian berlaku.

Ketua PAS Cawangan Bukit Gambir, Rusman Kemin telah memaklumkan kejadian kepada penghulu mukim dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya mengharapkan pihak JKM dapat segera memberikan bantuan kepada mangsa dengan bantuan baik pulih kerosakan rumah.

“Begitu juga dari pihak-pihak lain termasuk ADUN Bukit Gambir”, katanya

Pada masa yang sama, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ledang, Ustaz Rahmat Daud tiba di tempat kejadian dan menghulurkan sedikit sumbangan dari PAS Ledang.