Home Berita PAS Kedah

3343 ahli baru PAS Kedah dalam tempoh 2 bulan

393
SHARE

 

OLEH: NUR FATIN

ALOR SETAR, 24 JUL – PAS Kedah berjaya mendaftarkan seramai 3343 ahli baru sepanjang kempen PAS Pilihanku 4.0 bermula awal Jun sehingga setakat 23 Julai 2022.

Angka tersebut adalah penambahan seramai 788 ahli sejak pelancaran program tersebut pada 25 Jun lalu yang diadakan di Dewan Al Hana, Sik menyaksikan Kedah menjadi negeri dengan pendaftaran ahi baru tertinggi seramai 2555 orang.

Borang penyertaan diserahkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Rashidi Ishak kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis penutup kempen PAS PilihanKu peringkat negeri Kedah.

Program yang bermula pada 21 hingga 23 Julai tersebut diisi dengan pelbagai pengisian antaranya Majlis Makan Malam dana baik pulih Dewan Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ijtimak Jentera Pilihanraya Muslimat dan Taujihat Presiden bagi menghadapi PRU-15 diadakan di perkarangan Kompleks PAS Kedah.

Dalam ucapan aluan Pesuruhjaya PAS Kedah pada malam penutup tersebut, Dato Ustaz Ahmad Yahaya komited dengan gerak kerja yang dijalankan di peringkat kawasan serta trend kemasukan ahli baru PAS yang memberangsangkan, PAS Kedah akan mampu mengulangi kejayaan mempertahankan kemenangan kerusi DUN dalam PRU-14 yang lalu disamping beberapa kerusi tambahan yang baru.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri DI Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ustaz Haji Idris Ahmad serta pimpinan PAS peringkat negeri dan kawasan-kawasan.