Oleh SHARIFAH AJIL
MUAR, 18 Mei : Adun Maharani, YB Abd Aziz Talib meraikan anak-anak, ibubapa guru-guru serta kakitangan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Parit Keroma yang datang beraya ke kediaman beliau di sini, hari ini.
Turut serta dalam kunjungan hari raya itu ialah Hamimah Sies yang merupakan Penyelia PDK Parit Keroma. Dalam ucapannya beliau mengharapkan Adun Maharani turut dapat memberikan perhatian kepada PDK ini.
Sementara dalam ucapan balasnya, YB Abd Aziz mengucapkan terima kasih di atas kunjungan itu.
“Saya berharap mereka yang bertugas mendidik anak-anak istimewa ini akan terus sabar, tabah dan diberi kekuatan serta mendapat sebaik-baik ganjaran dari Allah.
YB Abd Aziz juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan duit raya kepada anak-anak PDK yang kelihatan gembira menerimanya.