Home Berita PAS Terengganu

MRTM 2022 : Terengganu sedia sambut 100,000 Pengunjung

33
SHARE

KUALA TERENGGANU – Terengganu bersedia untuk menyambut kedatangan 100,000 pengunjung sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) 2022 yang diadakan di Dataran Jambatan bermula malam esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri telah melakukan segala persiapan rapi bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar sepanjang tiga hari ia diadakan.

“Penganjuran MRTM yang diadakan julung-julung kali di sini kita sangat yakin pelancong dari luar akan datang bagi menghadiri program ini, sudah tentu di Drawbdridge ini akan berlaku kesesakan luar biasa dengan kehadiran pengunjung di peringkat kerajaan negeri kita telah berbincang untuk menguruskan kesesakan.

“Ini juga membuktikan bahawa Terengganu semakin mendapat perhatian bukan sahaja di pihak Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri, orang ramai juga tertarik dengan negeri ini.

“Jadi ini akan memberi peluang untuk sektor pelancongan di Terengganu akan bertambah maju dan terus menjadi pilihan utama serta penganjuran MRTM ini akan menjadi nilai tambah untuk mempromosikan Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, pada sidang medianya, selepas mengadakan tinjauan ke tapak Sambutan MRTM, di Dataran Drawbrdge, di sini, pada hari ini.

Ujarnya, program yang dianjurkan oleh kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu merupakan suatu kejutan dan sangat istimewa bagi kerajaan negeri.

“Jadi saya ucap terima kasihlah kepada Dato’ Sri Nancy, kerana memilih negeri ini yang mana program ini sangat besar, tidak dijangka dan dirancang namun Terengganu telah diberi kepercayaan.

“Insya-Allah ia akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti menari termasuk majlis rewang di mana saya bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan juga menteri akan terlibat dengan majlis rewang pada pagi Jumaat dari pukul 6 hingga 8 malam, akan ada jamuan rakyat yang akan menumbangkan 10 ekor lembu.

“Sudah tentu akan ada juadah-juadah yang lain bukan sahaja nasi minyak, bahkan semua makanan tradisi antaranya nasi dagang, keropok lekor serta pelbagai lagi juadah tradisional akan dihidangkan,” ujarnya lagi.