Home Berita PAS Johor

Menjelang Syawal | Adun Maharani edar sumbangan

110
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 1 Mei : Sempena menjelang kedatangan 1 Syawal, Adun Maharani, YB Abd Aziz Talib telah mengedarkan sumbangan di sini, hari ini.

Sebagai meraikan Hari Pekerja hari ini juga, sebanyak tujuh agensi telah dapat disantuni dengan pemberian sedikit sumbangan hamper sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma.

Agensi yang disantuni adalah IPD Muar, Balai Bomba & Penyelamat Muar, Trafik Muar, JPAM, Jabatan Penjara, Balai Polis Parit Jawa dan SWM.

“Kita turun menyantuni mereka bukan kali ini sahaja malah telah mrnjadi rutin tahunan PAS Kawasan Muar turun meraikan Hari Pekerja di agensi-agensi terpilih, ” jelas Abd Aziz.

Turut hadir sama mengiringi ialah pegawai khas YB, Badar Zubir, ketua LKK Muar, Syukor Naam, Ketua LKK Muslimat Muar, Norhaizan Mokhsin dan setiausahanya Nor ‘Amali Nd Som. Sumbangan hamper adalah kerjasama pihak Adun Maharani dan LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Terdahulu semalam, YB juga turut serta menyampaikan sumbangan dalam program Shopping Raya 6.0 yang diadakan di Parit Bakar dengan kerjasama antara LKK Muar, Pertubuhan Kasih Maharani, Skuad Prihatin dan Lesong Mart.

Seramai 150 penerima telah mendapat sumbangan barang keperluan dapur, ayam dan wang tunai.

Hadir sama ialah Pengerusi Pertubuhan Kasih Maharani, Ustaz Ridzuan Nazri dan pengarah program, Ketua LKK Muar, Syukor Naam.

“Saya selaku pengarah program mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama para penyumbang dan petugas. Semoga segala sumbangan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit diberi ganjaran yang lebih baik oleh Allah,” ujar Syukor Naam melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga.