Home Berita PAS Wilayah

Muslimat PAS Batu komited salur bantuan akhir ramadhan

29
SHARE

Oleh : Maz Osman

BATU, 24 April : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu (LKK DMPKB) telah menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada 14 buah keluarga yang memerlukan di Parlimen Batu baru-baru ini.

Sumbangan yang disampaikan adalah bertujuan untuk mengembirakan para penerima khususnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur itu telah disampaikan secara terus ke rumah penerima oleh Ketua LKK DMPKB, Mazliza Abd Rahman bersama beberapa Jawatankuasa DMPKB yang lain.

Mazliza turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua penyumbang lebih-lebih lagi apabila para penerima juga kelihatan gembira dalam meraikan sumbangan yang diberi.

Kesemua penerima adalah terdiri daripada penduduk di sekitar PPR Batu, Flat Sri Perak dan Pondok Moden yang bertempat di Surau An- Nuur Bandar Baru Sentul