Home Berita PAS Perlis

Guru PASTI Arau dirai sempena Aidilfitri

270
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 1 Mei: Guru-guru PASTI Kawasan Arau diraikan pada satu majlis khas yang diadakan bersempena dengan kedatangan Aidilfitri.

Pada majlis tersebut, seramai 70 orang guru PASTI telah menerima sumbangan duit raya dan kuih raya daripada Pengurusan PASTI kawasan Arau bertempat di PASTI Wardatul Jannah, Kampung Sentua, di sini.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Noramrul Amri Chan, Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Arau, Norsilah Ismail, Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abdul Hadi Halipah, Pengarah JPrD Tambun Tulang, Dr Abu Bakar Ali serta para AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau.

Menurut Abdul Hadi, PASTI Kawasan Arau sentiasa mengiktiraf sumbangan serta pengorbanan para guru dalam mendidik dan mengasuh generasi PASTI.

“Justeru, kami mengambil keputusan mengadakan majlis pada hari ini (semalam) sebagai tanda penghargaan dan bagi menambah kegembiraan para guru dalam menyambut kedatangan hari raya pada kali ini,” katanya.