Oleh TASNIM
SUNGAI PETANI – Seramai 250 Guru KAFA dan Pegawai Masjid di Pantai Merdeka menerima sumbangan Aidlilfitri daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pantai Merdeka, dekat Padang Temusu, semalam.
Perkara itu disampaikan ADUN Pantai Merdeka, YB Fadzli Hashim dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Beliau berkata sumbangan itu diberikan sebagai tanda penghargaan dan ingatan bagi mengenang jasa bakti para guru KAFA dan Pegawai Masjid.
“Guru- guru KAFA ini sangat berjasa kepada pendidikan Islam untuk anak-anak kita di peringkat asas pengetahuan fardhu ain dan pengajian Al Quran yang di ajar di kelas KAFA seluruh pelusuk Daerah Kuala Muda.
“Semoga dengan sumbangan Aidilfitri ini dapat meringankan beban menampung keperluan mereka,” katanya.