Home Berita PAS Johor

Wak nak wakaf rumah sebagai Rumah Al-Quran – Wak Sudirman

256
SHARE

Oleh Wardatul Jannah Assoffea

Sekijang, 28 Apr : Wak akan mati, jadi sebagai saham berpanjangan nak bawa bersama nanti, wak nak wakaf tapak dan rumah ni sebagai “Rumah Al-Quran” untuk anak-anak di sini.

Demikian yang dinyatakan oleh Wak Sudirman (72) sewaktu diziarahi oleh sukarelawan Muslim Care Malaysia di Kampung FELCRA Sekijang baru-baru ini.

Menurut Sudirman, beliau mempunyai 3 orang cucu yang bergelar Hafiz dan Hafizah.

“Seorang lagi cucu saya masih mengikuti pengajian hafazan dan InsyaAllah akan tamat hafazan tahun depan.

“Besar harapan saya supaya mereka dapat berbakti kepada masyarakat di sini dan sekitar”, tambah Sudirman.

Dalam masa yang sama, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Johari Ismail menyatakan Rumah Al-Quran akan beri manfaat kepada penduduk sekitar.

“Muslim Care melancarkan dana untuk membangunkan Rumah Al-Quran dengan anggaran Kos RM150,000.

“Kami menjemput muslimin dan muslimat sama-sama berwakaf untuk menjayakan program ini”, ujarnya

Untuk menyumbang boleh klik :
https://infaqpay.my/plus/tabunghome2live-mcm

Atau infaq menerusi bank AKAUN MUSLIM CARE MALAYSIA:
🏧MAYBANK: 564490413882
🏧BANK ISLAM: 14014010147470
🏧BANK CIMB: 8604171675 (Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia)
🏧BANK RAKYAT: 1101744599

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada :
📲Hotline : 01150050035
📲Johari : 0169978323
📲Safuan : 0134886447
📲Cik Zuriati : 0192049434
📲Cik Suryana : 01121941194