Home Berita PAS Kedah

PAS Kedah beri 15 ribu setiap ADUN bantu anak yatim

127
SHARE

ALOR SETAR – Sebanyak RM15 ribu diperuntukkan Badan Perhubungan PAS Kedah (BPPNK) kepada setiap ADUN PAS Kedah.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddaq Haji Ahmad berkata, peruntukan itu dikhususkan untuk pembelian pakaian untuk 100 orang anak yatim dan anak fakir miskin bagi setiap DUN sempena Eidil Fitri kali ini.

“Mudah-mudahan dengan program ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka, yang mungkin sebelum ini terkesan dengan pandemik dan sebagainya.

“Ini merupakan tanggungjawab kebajikan PAS kepada rakyat,” katanya

Semoga Eidil Fitri kali ini disambut dengan lebih meriah dan sentiasa dalam rahmat Allah jua.