Oleh NAZIRUL MUNIR
Kluang , 24 April : Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Negeri Johor mengadakan pemukiman lajnah penerangan di Pinetree Hotel, Batu Pahat , semalam.
Pemukiman yang bertujuan untuk memperkemas jentera penerangan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin, lajnah penerangan adalah golongan berjiwa besar.
“Dalam apa jua keadaan sekali pun, lajnah penerangan mempunyai himmah yang tinggi, cia-cita yang besar, tidak lemah semangat dan tidak putus asa, terus mengerakkan penerangan sebagai satu elemen paling penting dalam perjuangan”, katanya.
Pemukiman yang dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan, ketua serta setiausaha penerangan kawasan turut membincangakan peranan penerangan dalam menghadapi PRU-15.
Dalam masa yang sama, Ustaz Abdullah Husin menyatakan semua ahli perlu berusaha dan berikhtiar.
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka ubah apa yang ada pada diri mereka. Kita kena ikut peredaran zaman, perlu ikut keperluan semasa”, ujarnya.