Home Berita PAS Negeri Sembilan

Majlis Khatam al-Quran Dewan Muslimat PAS Kawasan Port Dickson

95
SHARE

Oleh : Muallimah Nisa’

PORT DICKSON, 23 April : Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Port Dickson telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran sempena sambutan hari Nuzul al-Quran, di sini, semalam.

Majlis tersebut telah diadakan di Surau Hijrah Springhill, Port Dickson dan dihadiri oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) DMPK Port Dickson serta wakil-wakil Muslimat dari setiap cawangan yang ada di Port Dickson seperti Cawangan Bagan Pinang, Chuah, Teluk Kemang dan Bandar Springhill.

Majlis turut memperdengarkan bacaan Al-Quran yang diketuai oleh Ketua Lajnah Tarbiyah DMPK Port Dickson, Ustazah Nurzihan Husain dan juga bacaan Al-Quran muslimat yang hadir secara beramai-ramai dan majlis berakhir dengan penyampaian tazkirah mengenai fadilat membaca Al-Quran.

Sempena ucapan majlis itu, Ketua Muslimat DMPK Port Dickson, Bashariah Shaari mengharapkan agar majlis tadarus al-Quran ini menjadi tradisi dan akan terus dilaksanakan setiap tahun selain untuk meraih keredhaan Allah. Beliau juga berharap agar majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara muslimat PAS Port Dickson.

Basyariah Shaari turut menyampaikan cenderahati kepada wakil setiap cawangan yang telah menjayakan tadarus al-Quran dan juga Majlis Khatam al-Quran pada majlis tersebut.