Home Berita PAS Kedah

Ziarah Semarak Kasih Ramadan PAS Padang Terap santuni 50 penduduk kampung.

93
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Seramai 50 orang penduduk disantuni Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (BPPNK) sempena Program Semarak Kasih Ramadhan peringkat PAS Negeri Kedah bersama PAS Kawasan Padang Terap, baru-baru ini.

Aktiviti ziarah itu melibatkan tujuh buah kampung di sekitar Naka.

Program Semarak Kasih Ramadhan berakhir dengan majlis tahlil dan berbuka puasa serta solat maghrib di Masjid Al Mubarak Kampung Masjid Lama.

Antara pimpinan PAS Kedah yang hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, ADUN Sungai Limau, YB.Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Ahli Parlimen PAS Sik, YB.Ahmad Tarmizi Sulaiman, ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria, ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin.