Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Pasir Puteh santuni mangsa banjir

192
SHARE

PASIR PUTEH, 28 Feb: Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Datuk Dr Nik Zawawi Salleh bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memantau keadaan mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Parlimen Pasir Puteh, semalam.

Sebelum itu, YB Datuk Dr Nik Zawawi sempat meluangkan masa mendengar taklimat operasi bencana di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh.

“Saya menyeru orang ramai supaya berwaspada dengan keadaan semasa dan patuhi arahan berpindah daripada agensi terlibat sekiranya perlu,” kata beliau menerusi laman sosialnya.

Sementara itu, laporan di pautan ebanjir.kelantan.gov.my merekodkan sehingga hari ini, 78 keluarga mewakili 283 mangsa banjir telah ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Pasir Puteh. Antaranya di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 (4 orang), Kompleks Dewan Sri Kamil (88 orang), Sekolah Kebangsaan Kamil 1 (81 orang), Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja (20 orang), Sekolah Kebangsaan Changgai (76 orang) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Petai (14 orang).